Pada mulanya Maisarah tidak hiraukan tentangbenjolan pada payu dara kanan kerana beranggapan ia adalah mungkin normal bg seorang perempuan setiap kali datang haid. Namun,apabila benjolan tersebut membesar sehingga saiz ibu jari kaki, Maisarah mulai risau. Apatah lagi tangannya akan terasa sakit dan mudah kebas kalau terlanggar benjolan tersebut. Atas nasihat sepupu yang lebih tua, akhirnya Maisarah membuat keputusan untuk keklinik swasta utk pemeriksaan awal.
Doktor di klinik itu menyarankan Maisarah utk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur bg membuat pemeriksaan lanjut. Perasaan bimbang dan tidak sanggup lagi utk menahan sakit,akhirnya keluarga Maisarah mengambil langkah utkk membawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bg mendapatkan rawatan segera.
Setelah pemeriksaan 'cytology' dilakukan,barulah doktor mengesahkan benjolan tersebut adalah ketumbuhan FIBROADENOMA.
Pada mulanya doktor mengesan DUA benjolan lain melalui pemeriksaan secara manual.Kemudian,doktor menyarankan Maisarah membuat ujian 'ultrasound' bg mengenal pasti jumlah keseluruhan ketumbuhan yg terdpt pada payu daranya.
Akhirnya doktor mengesahkan terdpt EMPAT ketumbuhan fibroadenoma.Doktor mengatakan ketumbuhan fibroadenoma bukanlah ketumbuhan yg berbahaya. Malah ia boleh hilang dengan sendirinya. Bagaimanapun, doktor menyarankan supaya Maisarah menjalani pembedahan bg membuang fibroadenoma tersebut.
Apabila ditanya puncanya,doktor menyatakan mungkin ia disebabkan oleh genetik ataupemakanan kerana kebanyakan makanan pada hari ini mengandungi bahan kimia yg tinggi. Jadi Maisarah berpendapat dengan doktor, mungkin ia disebabkan oleh gaya pemakanan kerana berdasarkan latar belakang keluarga Maisarah tiada dlm sejarah seorang pun yang mengalami fibroadenoma mahupun kanser payu dara.
Walaupun melalui empat pembedahan kecil shj,hanya Allah yg tahu perasaan Maisarah ketika itu. Menurut doktor risiko mereka yg pernah mengalami ketumbuhan fibroadenoma utk mendapat kanser payu dara adalah 3%. Daripada seorang yg peramah dan aktif, Maisarahmenjadi seorang yg pasif. Seolah-olah tidak dpt menerima hakikat terdapat fibroadenoma. Setiap hari yg dilalui hanya lahbertemankan air mata.
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian;dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha,maka dia akan beroleh keredhaan Allah,dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu,maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah"sabda Rasulullah s.a.w (H.R Tirmidzi dan Ibn Majah)
Apakah berterusan hati Maisarah diragut pilu??
Bagaimanakah Maisarah lalui kehidupannya yg seterusnya??
Marilah kita sama-sama meletakkan diri kita sbg Maisarah..
dan tanya pada diri kita sendiri seperti soalan di atas...
nice information...doa2 benda ni x jadi pada kebanyakan wanita laen..
ReplyDeleteMaaf . Saya rasa dgn cara awk cerita macam nie . Akan buat org len yg ad masalah sebegini become down .. Maisarah should be strong .. Not crying all da time .. No help in this page ..
ReplyDeletehye, just for sharing :) sy pun ada fibro ni, actuly igt cyst, coz last yr pegi check bln 11 ada 1 je kt kanan, sbb tu mmg obvious pegang bole rasa (check sndiri) masa tu mmg doc tu ckp xde pape no need to worry sbb dia bukan cancer, tp lps 8 bulan rase bdenyut2 bkn masa piyed je, x piyed pun rasa. so smlm tbhkn ati pegi buat futher checking, tp trus g kat panel company. doc check kanan ada 4, kiri ada 4, tp yg plg bsr n denyut tu blh kanan. so dlm bln 8 ni nk buang. anyway, thnx sharing. :) good infor for me, buat sy lebih semangat wpun hati sedih sbb ada parut :( :(
ReplyDeletehai maisarah, sy pun ade ketumbuhan fibroadenoma ni.. dah lama dah masa umur sy 19 tahun sekarang umur dah 23 tahun..masa mula2 tu sy igt ketumbuhan biase je..tapi makin lame makin besar pulak plus banyak.. 13/9/2013 ni sy akan menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan 2.. takut pun ade sbb first time nak kena operate.. sbb sblm ni tgok jaeum pun dah loya habis dah..
ReplyDelete